Drama The Wedding Breaker Slot Akasia

Assalamualaikum ! 
wah ! mcm tak caye je novel favourite aku ni tak lama lagi akan jadi drama Slot Akasia... aku wajib arr tgk...seriously rugi tau kalau korang tak baca novel The Wedding Breaker nih..bukan rugi sikit tau! but rugi banyak kalau korang tak bace novel nih xD kisah dia sweet sangat and banyak pengajaran tau..kalau korang tak beli sekurang-kurang nyee tgk arr kisah tu. 'Ya Allah! tak sabar nyee nak tunggu playboy itu suamiku habis ! jahat tak aku? hahha xD'
aku ingat lagi time mcm mana aku pinjam novel The Wedding Breaker kat kwn aku..time tu aku nak baca sangat buku Suamiku Encik Perfect10 kebetulan  pulak dia ada buku tu so tunggu ape lagi? aku mintak arr pinjam mmm 'muka tak tau malu betul lol' so dia pon setuju bagi aku pinjam. Esok nyee dia bawak buku yg aku nak pinjam tu + The Wedding Breaker..so aku pon pelik sbb aku mintak pinjam Suamiku Encik Perfect10 sahaja! but dia bawak sekali dgn novel The Wedding Breaker then dia ckp kat aku 'Qama ! kau wajib baca novel ni. best kot !' 
aku ni pantang dengar novel best sikit mesti aku nak bace. then aku baca arr tajuk + sinopsis buku tu. mmm 'The Wedding Breaker? mcm best je! sinopsis pon menarik' 
bila aku habis bace buku tu aku rasa mcm nak meraung je. why? novel nih best+sweet kot! 'Ya Allah ! pandai nyee penulis ni tulis cite nih! best nyee buku nih ! rasa mcm nak ulang bace buku tu one more time 'xD 
okey time to review sinopsis The Wedding Breaker -

ARIANA ROSE mengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.

Pengakuan palsu Ariana itu ternyata telah memporak-perandakan majlis itu dan perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita juga dibatalkan. Bukan reputasi Tengku Adam sahaja di pandang rendah malah maruah keluarga Tengku Adam turut tercalar. Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali Ariana. Jadi, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad untuk menculik Ariana dan membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba untuk memerangkap Ariana dengan memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan. Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi.

Tengku Adam masih tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya mengakui kebenarannya. Ariana mula membenci Tengku Adam dan sejak itu dia tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.

Selepas 2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Ketika majlis amal diadakan Ariana hadir bersama rakan sepejabatnya, Harith. Entah mengapa Tengku Adam cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

Tengku Adam mula menyukai Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam dituduh tidak pernah berubah. Cara Ariana melayan Tengku Adam juga ternyata berbeza jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul.

Tengku Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab setelah mengandungkan adiknya, Liyana suatu ketika dahulu. Liyana juga kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Liyana bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin mendalam.Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Liyana kerana baginya kewujudan Liyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana.

Sementara itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut pilihan keluarga. Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana. Malah Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, sanggup melutut dan merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Ariana akur dengan pilihan orang tuanya atau dia sebenarnya mula menyimpan perasaan pada Tengku Adam yang sudah berubah menjadi lebih baik?

Amacam? sweet tak sinopsis cite nih? aku harap drama The Wedding Breaker ni se-sweet novel dia xD okey byee!




Share this:

CONVERSATION

0 Comments:

Post a Comment