Sinopsis Kampung Girl Slot Zehra TV3



Ashraf langsung tidak menyangka yang perkahwinannya bakal diatur oleh keluarga! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu? Tidak mungkin.

Ashraf Khairi dan Ainnur adalah sepupu, dan dia memang tidak pernah sukakan gads itu sejak kecil lagi. Hanya kata cacian dan kutukkan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekkan Ashraf telah menerima pinangan dari ibu Ashraf. Ainnur merahsiakan identitinya yang pernah melanjutkan pengajian ke luar negara dan bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta padanya sebagai budak kampung yang tidak berpendidikan.





Share this:

CONVERSATION

0 Comments:

Post a Comment