Sinopsis Cinta Jannah Slot Akasia TV3



Drama Cinta Jannah TV3. Salam untuk semua. Drama terbaru Slot Akasia bakal memulakan siarannya bermula hari ini 14 Ogos ini. Pelakon Aeril Zafrel bakal bergandingan dengan Nelydia Senrose selaku teraju utama dalam drama tragis ni.

Drama bersiri 24 episod yang diarahkan oleh Azmi Hatta ini akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 petang di TV3. Pastinya Drama Cinta Jannah ini akan menandingi drama yang menambat hati jutaan rakyat Malaysia iaitu Teduhan Kasih.

Antara barisan pelakon hebat selain Aeril Zafrel dan Nelydia Senrose adalah Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz dan Ezany Nizariff.



Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal berlaku, beg tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan. Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam) pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, Ibu Izaryl Tengku Zareena (Dian P Ramlee) berasa amat marah.

Apa kesudahan kisah mereka berdua?

Sumber : Baby Comel

Share this:

CONVERSATION

0 Comments:

Post a Comment